Minggu, 09 November 2008

Topologi

Jenis-jenis topologi

Di dalam sesebuah rangkaian, terdapat empat jenis topologi yang kita boleh dapati iaitu:

  1. bas (bus)
  2. gelang (ring)
  3. pepohon (hierarcal)
  4. bintang (star)

Topologi bas (bus)

Ia adalah topologi yang paling mudah. Rangkaian ini bermula daripada satu hujung kemudian bersambung ke setiap komputer seperti di Rajah 2-5. Rangkaian ini selalunya mudah dibina untuk bilik yang kecil, tetapi menjadi susah jika berada pada rangkaian yang besar. Kelemahannya yang ketara adalah kerana kurang tahanannya di dalam rangkaian. Dengan hanya satu sambungan ke semua komputer, kerosakan di satu punca akan mengakibatkan semua komputer tak dapat berkomunikasi.

Rangkaian topologi bus

Topologi Gelang (ring)

Ianya ada persamaan dengan bus topologi melainkan 2 penghujungnya disambungkan untuk membentuk cincin/ring seperti di Rajah 2-6. Kebaikannya daripada bus adalah, jika berlaku kerosakan di antara bahagian ia masih dapat berkomunikasi dengan melalui arah pembalikan mengelilingi ring. Tetapi kepayahan dan kos yang diambil untuk menyambungkan kedua-dua penghujungnya dalam rangkaian selalunya melebihi kebaikan yang didapati daripada penggunaan topologi ring.

Rangkaian topologi ring

Topologi Bintang (star)

Dalam perekaan rangkaian ini satu lokasi dijadikan sebagai pusat untuk star. Peralatan khas yang dipanggil hub diletakkan disini kemudian sambungan daripada setiap komputer disambungkan ke hub seperti yang ditunjukkan di Rajah 2-7. Dengan menyambungkan semua komputer terus ke hub, kerosakan pada satu kabel hanya memutuskan perhubungan pada komputer yang berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun kerosakan pada hub sahaja akan mengakibatkan kegagalan kepada kesemua komputer yang disambungkan kepadanya berkomunikasi. Keburukannya ialah jumlah kabel yang perlu digunakan untuk melaksanakannya. Dengan pemilihan pusat lokasi yang baik untuk hub, kos boleh diminimakan dan ketahanannya meningkat.

Rangkaian topologi star

Rangkaian topologi pepohon (hierarcal)

Bersama ketiga-tiga asas topologi ini, perekaan kombinasi cantuman (hybrid combination) boleh dihasilkan. Yang selalu digunakan ialah hierarcal star-Rajah 2-8. Dalam rekabentuk ini satu talian sahaja melalui daripada hub ke satu bilik dimana diletakkan hub kedua. Kesemua komputer didalam bilik berkenaan disambungkan ke hub kedua ini. Ini mengurangkan jumlah kabel yang diperlukan untuk membina star yang sebenar. Dalam rekabentuk lain pula, satu sambungan daripada hub di salurkan ke bilik darjah dan menyambungkan kesemua komputer di dalam bilik berkenaan dalam bentuk bus kemudian satu lagi penghujung bus disambungkan ke hub tadi.

Perekaan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kombinasi cantuman. Pereka harus mengetahui dan memahami kebaikan dan keburukan sebelum melaksanakannya.

Rangkaian topologi pepohon

(main)

1

Tidak ada komentar:

Play This Game!!!

Play Ping Pong Game!!!